Friday, September 28, 2012

|Jagalah Dia|

3 comments
 

Benar!!
Pada teman-teman sekalian...
Kita akan merasa kehilangan bila sesuatu yang digenggam itu terlepas.
Setia dan jujurlah. Pasti anda tidak akan menyesal.
Allah know everything my friend.
Biarlah ia kekal hingga ke syurga bukan terpelosok ke neraka.

 

|Penyakit|

0 comments
Hari ni ada meeting di antara top management tuk projek ni. Macam2 masalah yang timbul,bila projek yang hampir 80% siap. Ya Allah, banyak sangat dugaan dan cabaran di saat aku dah tak sabar2 nak selesaikan projek ni. Mahu rehat ma!!

Baru2 ni, sorang QC Inspector tuk projek aku terkena infection yang disyaki dari kantin kapal kami. Aduss..Dia kenw dema yang berulang kali. Sama macam aku lak tu,demam yang berulang.Minggu depan baru keputusan medical dia,kalau kena penyakit tu,confirm aku buat medicl checkup ASAP.

Oranga kata doa,usaha dan tawakal. Amalkan selalu doa penyembuh 99 penyakit(google je). Insyaallah.

Adios!

|Selamat Pagi Dunia|

0 comments

                                             (di atas barge Jaya Installer 10)
SELAMAT PAGI DUNIA!

MULAKAN HARIMU DENGAN BISMILLAH

Semoga kerja kita semua diberkati Allah. Bila AMM berada di tapakt kerja, macam2 orang yang AMM jumpa. Bermacam ragam,ada yang baik,ada yang buruk dan macam2 lah. Tapi tulah manusia yang bermacam aksi di muka bumi Allah ni. Sekarang AMM betul2 duduk atas kapal tuk ke site di tengah laut( 3 km je dari darat..takdela tengah pun..haha). Sekarang betul2 duduk bersebelahan mat2 bangla, walaupun kulitku gelap,tapi AMM bukan bangla k.

Ya Allah, turunkan rezeki tuk kita semua ,rezki yang halal. Rezki yang diberkati untuk keluarga kita. Rezki yang tak halal tu,kalau dapat berjuta2 pun takkan cukup kawan2. Mesti abis sekelip mata. Jadi, FIKIR2 KANLAH. 

Di hari Jumaat yang mulia ni, kita muhasabah diri. Kita renung kembali dosa2 silam kita,kita pertingkatkan diri kita dengan amal2 yang baik. Walaupun susah,tapi kita cuba. Selalu tengok cermin di bilik, cakap ngan diri sendiri. AKU BOLEH!AKU MAMPU MENGUBAHNYA!!

Renung2kan dan Selamat bekerja.

Thursday, September 27, 2012

Dimana mentari itu

0 comments
Dulu aku sering dengar,

kadang2 tuhan turunkan guruhh,
dan sembunyikan mentari.
Kita pula sibuk mencari mentari terbabit.
Tapi akhirnya tuhan terbitkan pelangi yang indah.

Begitu juga kehidupan.
Rini mungkin tuhan turunkan banyak musibah pada kita.
Akan datang Insyaallah, berkat sabar kita, Allah akan berikan kita sesuatu yang tak dapat kita jangka dan sungguh indah..

Janji Allah itu pasti bukan "janji dicapati". Kalau kita betul2 yakin padanya,pasti akan terbuka ruang dan petunjuk untuk kita mendapat pelangi yang indah darinya.
Kita kadang2 terlalu leka ngan mentari yang menyinari sehingga terlupa guruh yang bakal melanda. Orang2 yang bersabar dan percaya padanya mungkin mendapat keindahn pelangi itu.

Semoga kita semua tempuhi segala ujian Allah ini dengan redha dan tawakal. Segalanya sudah tersurat dan dirancang olehnya.

Amin..

|Cabaran itu dugaan|

0 comments
Semakin hari semakin banyak dugaan dan ujian yang melanda. tak kira dari aspek peribadimahupun kerja. Semua ni dugaan tuk kita hadapi supaya menjadi lebih matang dan belajar dari kesilapan.

Baru-baru ni, masalah kerja semakin rumit. Kerja yang semakin siap ,akhirnya menjadi kebelakang disebabkan masalah yang bukan dari bidang kami. Bayangkan jika anda sudah siapkan sebuah rumah. Bidang anda cuma "painting", tetapi masalah yang timbul dari batubata, jadi semua terpaksa dibuka,dan kerja anda terpaksa ulang dari 0. Ujian! Ujian!

Tapi bila di selidik, semuanya berasaskan politik. Terutama politik wang yang membuatkan segala "construction" tergendala. Pening2! Semua ni ujian Allah tuk aku hadapi dan rakan sekerjaku hadapi.

Aku selalu nasihat teman2 supaya jangan libatkan masalah peribadi dengan kerja. kalau dicampur pasti satu-satu masalah tidak akan selesai. Ingatlah Allah selalu membantu orang2 yang sabar. Manusia mana yang tak lakukan kesilapan ,mahupun besar atau kecil. Jadi terpulang pada kita untuk hadapi segalanya. Insyaallah, aku akan hadapi semua ini dengan tabah dan sabar.

Semoga Allah temukan aku dengan kebenaran dan redhanya. Takde istilah putus asa dalam mencapai kejayaan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Doa , usaha dan tawakal jangan putus2.

Adios!

Wednesday, September 26, 2012

Insan tetap manusia

0 comments
Kadang-kadang Allah turunkan balasan pada manusia untuk manusia itu sedar bukan pada ketika mereka lakukan kesalahan. Mungkin setelah manusia itu bertaubat dan juga sesal pada perbuatannya. Tapi nila rona-roni kehidupan, tak selalunya indah dan tak selalunya perit kalau tak di. 

Semoga yang baik akan terus kita kekalkan, dan yang buruk kita cepat-cepat bertaubat pada yang Esa. Cukuplah dengan balasan dunia, jangan dibawa ke akhirat. Ujian yang kita akan hadapi akan buatkan diri kita jadi kuat dan cekal bukannya menjadi pematah semangat sehinggakan menjadi batu loncatan untuk kita bergerak ke belakang setelah jauh melangkah ke hadapan. Syaitan akan sentiasa menghasut untuk kita ke belakang . Kalau kita sudah insafi dengan kesilapan lalu, ayuh bangkit, buang yang keruh itu, ambillah yang jernihnya. kita menyesal dan insaf bukan kerana manusia tetapi kerana takutkan azab ilahi yang amat pedih.

Sesungguhnya, Allah akan terima ampunan dari manusia, tetapi sesama manusia perlu meminta maaf antara satu sama lain. Insyaallah, semoga kita tergolong di antara orang-orang yang beriman dan terus kekalkan dekatkan diri pada yang esa.


Sunday, November 27, 2011

Apa nak dikata

0 comments
Apa yang nak dikatakan lagi selain

GILA!!GILA!!GILA!!

Gilalah last post pada bulan MAY. haha..akhirnya,ada juga keringanan tangan ni nak menaip kembali. Alhamdulillah, sekarang hamba sudah melalui alam pekerjaan setelah tamat alam belajar. Sebelum tu, SELAMAT TAHUN BARU buat semua umat Islam. Moga dapatlah kita bersama-sama memupuk azam baru yang lebih efektif menuju wawasan lebih dari 2o20.

Yo!!
Ramai kawan-kawan yang sudah bekerja, hampir majoriti yang bekerja dan sambung belajar(master). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerna masing-masing sudah ada haluan masing-masing. tak lupa juga yang sudah atau bakal melangsungkan perkahwinan. Tahniah dan bakal tahniah hamba ucapkan. Hamba bila lagi? Tunggu~~~

Saja-saja nak menghidupkan kembali blog yang usang ni. Takut-takut ada lak hantu yang menginap kat sini, dahla tak bayar sewa. Okai. semoga berjumpa kembali di alam maya ini pada masa yang mendatang.

Peace yo!!(gaya AC)

** kene keje sampai hari sabtu. -_-"
Related Posts with Thumbnails
 

MANUSKRIP VITA Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template