Tuesday, October 16, 2012

|Roda|

2 comments
Hidup ibarat roda, kadang2 diatas kadang2 dibawah.Bila diatas kita nampak je,bila dibawah mencium tanah,langsung kita tak nampak.

Tapi, orang yang nampak pe dibawah tu adalah orang yang selalu bersama kita susah dan senang. Walaupun dibawah, sentiasa bantu kita tuk bangkit naik semula keatas. Biarpun perit mana pun membantu,ia akan tetap bersabar dalam membangkitkan kita kembali. 

Roda2 hidup sangat complex kalau itu mindset kita,dan boleh jadi simple kalau kita rancangnya dengan rapi. Kita cume merancang tapi Allah yang tentukan. Susah senang kadang2 orang lain tak nampak. InsyaAllah, semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan olehNya.

Wednesday, October 10, 2012

|Sabar|

3 comments
Salam 1 Rabu,

Alhamdulillah kita masih hidup di muka bumi Allah ni. Semoga salah silap kita sebelum ni dimaafkan olehNya. Kadang2 kita mengaku yang kita sorg yang sabar,tapi secara realitinya tidak. Mungkin ketika kita sedang marah, dan cuba berbicara dengan sesorg dan berbincang. Tapi memandangkan kita bukan seorg yang sabar, kita mudah melenting walaupun kita cakap kita sabar. Sebab apa? Fikir2kanlah. Ni nasihat tuk aku dan sume orang. Kadang2 aku fikir, camne ada orang tu sabar je. Takde nak marah tak tentu hala,tak melenting,dan macam2 lagi. Setiap manusia berbeza tapi kita boleh amek pengajaran dari orang2 yang baik. InsyaAllah. Semoga Allah jadikan kita orang2 yang sabar terutama ketika kita menghadapi kesulitan serta berdepan dengan sesorg. Berbincang juga perlu tetapi tidak perlu disertakan dengan emosi serta marah. Kerana masing2 akan rasa betul dan tak mahu mengaku kalah. Setiap kata orang lain adalah salah baginya. Tu sebab kita perlukan perbincangan pintar. Kadang2 kita best cakap2,tapi bila da berlaku kita tak pernah pikir masa tu. 

Sunday, October 7, 2012

|Fikir tentang Fikir|

2 comments
Salam 1 Ahad pada sume. Semoga hari ni ceria2 selalu ,bahkan lebih ceria dari semalam. Maklumlah cuti hujung minggu. Dalam hidup kita ni, banyak sangat perancangan yang kita wat. Sama ada jadi atau tidak, kita cuma merancang, tetapi Allah yang menentukan. Kalau ikut perancangan kita, semuanya indah2. Tapi kadang2 tak semuanya indah seperti yang kita jangka. Allah mengetahui dari A sampailah ke Z. Dalam usaha kita, kene beserta doa semoga segalanya berjalan lancar. InsyaAllah.

Dalam perubhan perancangan kita dan kesulitan, mesti ada jalan penyelesaiannya. Semoga yang kita wat tetap mengikut perancangan dan keberkatan olehNYA. Doa, usaha dan tawakal nadi utama dalam hidup kita. Jadi ,Ayuh kita fikir untuk berjaya, fikir dalam usaha dan fikir2 na na na na na...

Adios

Friday, October 5, 2012

|Motivasi 4|

0 comments

|Kerana Senyum, kambing dapat nama|

0 comments
Mulakan hari kita semua dengan senyuman
Senyuman yang macam mana?
Senyum kambing,cipan,cimpanzi?
Tak kesah
Asalkan kita menghasilkan aura2 positive kita tuk hari ni
Jadi secara automatisnya
Kita jadi lebih ceria dan bersemangat

Come on!!
Semoga kerja kita diberkati Allah

Thursday, October 4, 2012

|Kawen|

0 comments
Bila bicara soal kawen ni, ramai yang tidak sabar2 tuk membina masjid ni terutama pihak perempuan lah. Mmang lumrah dan fitrah manusia setiap insan mahu membina rumah tangga yang bahagia termasuk juga aku.

Kadang2 aku terfikir gak,berapalah kos sebenar nak kawen ni. Memang dalam simpanan aku cukup kalau nak kawen lam setaun agy,tapi takut2 ada pulak kos tersembunyi. Dah macam loan plak.Insyaallah, kalau ada jodoh, segala yang dirancang diizinkan Allah. Suka tengok kawan2 yang sudah berumah tangga,lagi suka bila tengok kawan2 yang sudah punya baby. Haha. 

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah perancangan kita semua termasuk bab perkahwinan ni. Abis je akad nikah,lelaki sudah menanggung segala dosa oleh isteri. Insyaallah,kalau kita mahu ke syurganya,sudah tentu kita sudah bersedia menghadapai sume ni. Wahai para isteri,suamimu dan bakal suamimu sudah bersedia tuk masuk ke dlm syurga atau pun neraka once dia nikah denganmu. Jadi,sama2 kita meningkatkan usaha agar pintu syurga terbuka luas untuk kita. Risau tentang masa depanmu slepas kawen? Sebenarnya lelaki yang perlu risau tentang masa depannya di hadapan Allah nanti. Jika jodoh kamu dengan sape2 saje,tak kiralah dia bekas penjenayah ke ape, once dia nikah denganmu,tu tanggungjawab dia tuk berdepan dengan Allah di akhirat kelak. Sakit dunia jauh sama sekali dengan sakit akhirat.

Kepada bakal makmumku, doakan aku mendapat petunjuk dari Allah tuk memimpinmu satu hari nanti agar sama2 dapat membina baitul muslim. Aku bukan beromong kosong kalau aku tak yakin yang aku betul2 sudah bersedia menanggung sgala dosamu. Aku juga tahu,kelemahanku dan aku akan pastikan kamu bahagia bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. Semoga aku menjadi suamimu di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Note: Nak kawen bukan makna gatal,tapi da sedia tuk tempuh alam baru. Sedia tuk pikul dosa dan tanggungjawab. Duit boleh dicari,tapi kebahagiaan?tak leh dapat dengan jual beli. Semoga Allah jadikan kita orang2 yang sabar dan setia menunggu.

|Motivasi 3|

0 comments
Salam 1 Pagi,

Alhamdulillah,semalam selamat sampai di kondo,kecuali terdpat berlaku beberapa incident sedikit. Insyaallah, dalam beberapa hari oklah. 

Kadang2, kita lupa untuk bertanya pada diri kita hari2,apa kebaikan atau keburukan yang telah kita buat setiap hari. Yakni di waktu malam kita bermuhasabah diri. Bila kita renubg aktiviti seharian kita,adakah kita sedar atau tidak sedar sama ada kita telah berbuat kesalahan ataupun kebaikan kepada semua makhluk Allah di muka bumi ni. Jadi secara tidak langsung ,bila kita merenung kembali,sedikit sebabyak membantu kita tuk meningkatkan lagi peribadi dan kelakuan kita. Memang manusia tidak sempurna,tapi klau kita guna sebaiknya segala yang Allah beri pinjaman ni,Insyaallah ia boleh ke arah itu.

Teringat kisah Rasulullah yang selalu dicaci dan dibuat buruk oleh seorang buta ,hampir selalu baginda dibuat sebegitu. Tapi akhirnya,satu ari orang buta tu takde buat demikian membuatkan baginda pelik lalu menziarahi orang tersebut yang rupanya terlantar sakit. Begitu indah sifat baginda. Orang lempar najis,dia akan berikan bunga. Ada orang kata,"tu nabi,kita bukan nabi. kita xmaksum". Kawan,tu sebablah kita perlu mendapat contoh dari junjungan Allah tu. Dia role model tuk kita sume. Insyaallah,kita akan berjaya dunia akhirat.

Jadi,kita manusia yang lemah. Kita sedar atau tidak, Allah sahaja yang tahu semua tu. Mungkin orang tidak yakin dan percaya pada kita,tapi Allah sentiasa bagi ruang pada kita tuk jadi yang terbaik. Tak kisah sama ada baru sehari ataupun sudah setaun,anda berubah,manusia lain tidak akan tahu. Mereka bisa berkata apa saje,tapi Allah sentiasa kenal kita. Semoga Allah menerima segala kebaikan kita dan berikan petunjuknya dalam sesuatu perkara yang kita buat. Dia sentiasa menerima taubat kita,dia tidak pernah berhenti mendengar masalah kita. Dia akan sentiasa mendengar pe rayuan kita dengan tanpa emosi. Thank you Allah. Aku bukanlah baik tuk bagi karangan panjang ni,tapi kita kongsi sama2. Kalau fikir,nak tunggu sempurna baru bagi perkongsian ilmu,sampai matilah takde. Kita usaha dan usaha. Semoga Allah elakkan aku dari keburukan dan kebencianya dan kebencian dari manusia. Amin.


Wednesday, October 3, 2012

|ombak|

2 comments
Ombak sangat kuat dan tinggi. Angin juga kuat di tengah laut. Kami masih tersadai di tengah laut. Ya Allah selamatkan semuanya. :(

|Taqwa|

0 comments

|Motivasi 2|

0 comments


|Aku Manusia|

0 comments
Hari ni sudah masuk kali yang keberapa,aku pun tak ingat,dada aku sering sakit2. Ujian yang menimpa semakin hari semakin banyak. Hari ni,dada aku sakit lagi,tapi tetap luaran maintain nampak tak sakit pape. Takkanlah nak tunjuk muka sakit depan pekerja. Kerja yang semakin bertambah betul2 menguji segalanya. 

Dulu pernah juga aku g jumpa doktor tanya tentang sakit2 ni. Tapi jawapan tetap sama ,yang aku sendiri tak pasti. Semoga terhindar dari pape yang tak dikehendaki.

Ada seseorang pernah berkata dengan aku ,yang 70% penyakit dari fikiran minda kita. Mungkin aku terlalu berfikir menyebabkan segalanya berubah. Semoga Allah jadikan sakit ni sebagai penghapus dosa2 kecil aku. Manusia tidak akan sanggup berfikir tentang masalahnya kalau dia rasa dia takpat selesaikan. Ada juga orang yang cuba lupakan masalahnya supaya dia dapat lari dari perasaan gelisahnya akibat masalah. Semoga Allah permudahkan segalanya,aku manusia yang banyak belajar dari kesilapan. kerna apa? Kerna akulah yang bernama Manusia.

Amin~

Tuesday, October 2, 2012

|Syukur|

0 comments
Hari ni, aku memang tiada tugas di site. Tapi tugas aku rini, tuk ambil CIDB kad kat CIDB office berdekatan dengan MITC.

Dalam perjalanan ke sana, banyak traffic light yang tak berfungsi. Ya ALlah, banyak juga lori2 lalu lalng. Nyaris2 aku di sauk oleh kenderaan berat tu. Tapi tuhan mahukan aku teruskan hidup tuk tambahkan lagi amalan. Jadi, aku betul2 nak buat aduan supaya perkara kerosakan ni tak berulang. 

Sambil2 tu, aku gak cari2 ubat tuk sembuhkan penyakit berpanjangan aku. Orang lihat kita ceria di luar, tapi kesakitan yang kita tanggung, ubat jela peneman. Bila lalu di MITC tadi, nak juga usha2 kawasan kemalangan ngeri ritu, tapi tak sempat disebabkan kepala aku mula merasa sakit.

Kadang2 aku pelik, penyakit ape yang menimpa aku. Tu sebab AMK selalu bising2 tuk aku makan ubat dan jumpa doktor. haha.. Ya Allah, lindungilah aku Ya Allah. Selagi aku masih bernafas, aku mahu berbakti pada ramai orang. Amin.


|Umpat Yang Di Haruskan|

1 comments
Umpat Yang Di Haruskan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahwa ghibah atau umpatan hanya diperbolehkan untuk tujuan syara' yaitu yang disebabkan oleh enam hal, yaitu:

1. Orang yang teraniaya boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur'an surat An-Nisa ayat 148:

"Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. An-Nisa' : 148).

Ayat ini menjelaskan bahwa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma'ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, yaitu Surat An-Nisa ayat 149:

"Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa." (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar.
Pembolehan ini dalam rangka isti'anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma'ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta' (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma' ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur'an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid'ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasehati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid'ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya.
Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut.
Wallahu a'lam 
Dipetik dari FB Ustaz Azhar Idrus

|Kesilapan|

0 comments
Kadang2 kita perlu belajar dari kesilapan.
Sebab kesilapan tu mentor tuk kita agar tidak ulanginya kembali.
Kalau kita ulanginya, maknanya kita tidak sedia tuk hadapi hari2 yang mendatang.

Sedarlah ,kita makhluk Allah yang sering lakukan kesilapan.
Jangan sama sekali kita lari dari masalah.
Tapi beranikan diri tuk selesaikan masalah.
Kita tidak boleh selesaikan masalah melalui diri kita je, tapi perlu dari sama2 pihak.

Sama juga macam bekerja, kita punya pekerja bermasalah.
Adakah kita akan terus menghukum mereka, walaupun kita taw silap mereka sangat besar.
Pastinya ,kita akan dengar dari dua2 pihak. Bincang secara positive.

Ada pepatah dari Ustaz Azhar Idrus,

Janganlah kita pandang kesilapan seseorang tu ,seolah2 orang tu tak penah melakukan kebaikan pada kita.
Dan jangan pula kita pandang kebaikan seseorang tu ,seolah2 dia takpernah lakukan kesilapan.

Kita manusia sering lakukan kesilapan, jadi terpulang pada kita sama ada mahu masuk SYurga atau neraka Allah. Yelah, kadang kita cakap kita mahu berubah, tapi selang bape lama perangai lama ulang kembali. Tu sebab kita mesti ingat Allah selalu. Sebab bila kita ingat Allah dan membaca ayat2 sucinya, pasti kita takkan ulangi silap2 kita dulu. sebab apa? Sebab kita dah nampak pintu mana kita nak masuk, sama ada SYURGA ataupun NERAKA.

Wallauha`lam.

|Motivasi 1|

2 comments
Selamat pagi dunia (terutama AMK yang nak g lab rini.. chaiyok2!)

Mari mulakan hari ni dengan senyuman,isikan perut dengan sarapan, tapi kuatkan iman dengan Al-quran. ;)

Kadang2 kesedihan cuba mengajar kita kekuatan. Kekuatan dari segi apa? Fikir2 kanlah. Macam ilmu juga, ilmu tak datang secara tiba2 tanpa dicari. Sama juga macam kekuatan diri, takkan dapat kalau kita tak cari  dalam diri kita. Sidang hadirin yang saya hormati sekalian(cewahh), kesedihan atau kegembiraan mestilah berpada2. Maksudnya janganlah sampai makan diri.

Jadi mari bersama2 kita belajar tentang motivasi pagi kita hari ni. Semoga segalanya mendapat keberkatan dan petunjuk dari Allah Taala.

Renung2kan dan selamat bekerja atau belajar.

*Nak jadi anak,adik dan bakal suami yang terbaik. Amin.. doakanlah bersama. Insyaallah

Monday, October 1, 2012

|Sakit Lagi?|

1 comments
Masuk kali ni da 2 ke 3 kali dalam 1 bulan aku kena demam2. Ada orang bagitau mungkin disebabkan cawan2 atau pinggan yang aku guna kat kantin kapal. Ya Allah, elakkan aku dari sebarang penyakit yang teruk Ya Allah sehingga jejaskan sumber rezkiku. Tapi ni juga antara penghapus dosa2 kecil. Insyaallah.

Mungkin baik kalau pergi full medical check up. Mana taw ada bende2 yang tak diingini berlaku. Hari2 terhidu bau welding, habuk2 insulation n banyak lagila. Taktawla camne paru2 aku ni. Semoga terlindung dari pape yang tak diingini.

Amin~

|Gugup|

0 comments
Kadang-kadang seganas,seego,semacho aku pun,kalau bercakap dengan bakal orang yang penting tuk kehidupan aku akan datang,gugup juga rasanya. haha. ;p 

Semoga segalanya mendapat rahmat dari Allah. 

Amin~

**semoga pakcik dan makcik sihat selalu. Amin~

|DoA 1|

0 comments
Tiada Tuhan yang berhak disembah selainmu Ya Allah
Maha suci engkau ,
Sesungguhnya aku tergolong dalam golongan orang yang zalim.

Amin~

Sunday, September 30, 2012

|Zivilia-Aishiteru|

2 comments

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Ulang [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Ulang [*][**]
Wo wo wo.. a a ai aishiteru

|Pujangga 1|

0 comments
"Bila kita di atas, semua akn pandang kita. Tapi bila kita jatuh di bawah, kita ibarat bayang-bayang sahaja"

Bila kamu di atas

Bila kamu jatuh ke bawah

 Yang penting, tidak kisah kita berada di atas atau dibawah. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.


|Sampaikan Salamku|

0 comments
Sampaikanlah salam cintaku padanyaaaa..

TERIMA KASIH!!!

 *sekadar hiasan
 Jauh di mata, dekat dihati.. ;)



|RuMaH|

0 comments
Hari ni merupakan hari terakhir aku duk rumah,walaupun rumah aku dalam negeri melaka gak. tapi komitmen kerja yang buat aku susah tuk balik. Bila tengok muka mak ayah,hilang segala masalah lam minda ni. 

** tinggal 2 minggu lagi sebelum konvo dia. :)

Friday, September 28, 2012

|La Tahzan|

0 comments
Bila dikira2, banyak juga post aku buat hari ni. Yela, takde menda nak dibuat selain jaga site. 


LA TAHZAN INNALLAHA MAANA
Maksudnya: Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita

Semoga kita tidak lalai dengan dunia, kemudian lupa akan yang Esa. Bila ditimpa kesusahan, kita back to basic. Sebab Allah selalu bersama kita.

Semoga ni renungan buat aku dan buat teman2 semua!!

|Test|

0 comments

Saje nak test taip post guna sofware blogger kat android..

|MoGoK|

2 comments
Kami mogok!!
Gaji tara, keja tara!!


Bai..Bai...
Rini paling teruk dalam sejarah aku bila pekerja mogok disebabkan gaji dowang lambat masuk. Yang penting bukan salah aku, tapi dari company die. Ni subcon la lambat bayar gaji. Alasan company aku lambat masukkan duit kat dowang. Mana tak lambat kalau company dia yang lambat bagi invoice ..cewahh.. sejak da pandai lam politik2 duit ni, tawla serba sedikit sal mende2 ni.


Tapi, betulla gak. Pekerja separuh mati membanting tulang, tapi gaji hasil titik peluh dowang lambat masuk. Kalau aku pun marah. Alhamdulillah sume settle setelah hasil perbincangan pintar tadi. Ya Allah, semakin hari, semakin banyak  ujian yang kau berikan padaku dan teman2 kerjaku. Mungkin ini petunjuk Allah yang mahukan aku dan teman2 ku belajar selok belok dunia pekerjaan. Alhamdulillah semakin hari semakin banyak pengalaman dan ilmu aku di tapak kerja ni.


Chaiyok2!!!
Jangan jatuh kerana masalah, tapi bangkit bila ditimpa masalah. Masalah yang timbul tula sebenarnya mentor kita tuk capai kejayaan.

Man jadda wajada.

                                   **sekadar hiasan

Adios!!

|Jagalah Dia|

3 comments
 

Benar!!
Pada teman-teman sekalian...
Kita akan merasa kehilangan bila sesuatu yang digenggam itu terlepas.
Setia dan jujurlah. Pasti anda tidak akan menyesal.
Allah know everything my friend.
Biarlah ia kekal hingga ke syurga bukan terpelosok ke neraka.

 

|Penyakit|

0 comments
Hari ni ada meeting di antara top management tuk projek ni. Macam2 masalah yang timbul,bila projek yang hampir 80% siap. Ya Allah, banyak sangat dugaan dan cabaran di saat aku dah tak sabar2 nak selesaikan projek ni. Mahu rehat ma!!

Baru2 ni, sorang QC Inspector tuk projek aku terkena infection yang disyaki dari kantin kapal kami. Aduss..Dia kenw dema yang berulang kali. Sama macam aku lak tu,demam yang berulang.Minggu depan baru keputusan medical dia,kalau kena penyakit tu,confirm aku buat medicl checkup ASAP.

Oranga kata doa,usaha dan tawakal. Amalkan selalu doa penyembuh 99 penyakit(google je). Insyaallah.

Adios!

|Selamat Pagi Dunia|

0 comments

                                             (di atas barge Jaya Installer 10)
SELAMAT PAGI DUNIA!

MULAKAN HARIMU DENGAN BISMILLAH

Semoga kerja kita semua diberkati Allah. Bila AMM berada di tapakt kerja, macam2 orang yang AMM jumpa. Bermacam ragam,ada yang baik,ada yang buruk dan macam2 lah. Tapi tulah manusia yang bermacam aksi di muka bumi Allah ni. Sekarang AMM betul2 duduk atas kapal tuk ke site di tengah laut( 3 km je dari darat..takdela tengah pun..haha). Sekarang betul2 duduk bersebelahan mat2 bangla, walaupun kulitku gelap,tapi AMM bukan bangla k.

Ya Allah, turunkan rezeki tuk kita semua ,rezki yang halal. Rezki yang diberkati untuk keluarga kita. Rezki yang tak halal tu,kalau dapat berjuta2 pun takkan cukup kawan2. Mesti abis sekelip mata. Jadi, FIKIR2 KANLAH. 

Di hari Jumaat yang mulia ni, kita muhasabah diri. Kita renung kembali dosa2 silam kita,kita pertingkatkan diri kita dengan amal2 yang baik. Walaupun susah,tapi kita cuba. Selalu tengok cermin di bilik, cakap ngan diri sendiri. AKU BOLEH!AKU MAMPU MENGUBAHNYA!!

Renung2kan dan Selamat bekerja.

Thursday, September 27, 2012

Dimana mentari itu

0 comments
Dulu aku sering dengar,

kadang2 tuhan turunkan guruhh,
dan sembunyikan mentari.
Kita pula sibuk mencari mentari terbabit.
Tapi akhirnya tuhan terbitkan pelangi yang indah.

Begitu juga kehidupan.
Rini mungkin tuhan turunkan banyak musibah pada kita.
Akan datang Insyaallah, berkat sabar kita, Allah akan berikan kita sesuatu yang tak dapat kita jangka dan sungguh indah..

Janji Allah itu pasti bukan "janji dicapati". Kalau kita betul2 yakin padanya,pasti akan terbuka ruang dan petunjuk untuk kita mendapat pelangi yang indah darinya.
Kita kadang2 terlalu leka ngan mentari yang menyinari sehingga terlupa guruh yang bakal melanda. Orang2 yang bersabar dan percaya padanya mungkin mendapat keindahn pelangi itu.

Semoga kita semua tempuhi segala ujian Allah ini dengan redha dan tawakal. Segalanya sudah tersurat dan dirancang olehnya.

Amin..

|Cabaran itu dugaan|

0 comments
Semakin hari semakin banyak dugaan dan ujian yang melanda. tak kira dari aspek peribadimahupun kerja. Semua ni dugaan tuk kita hadapi supaya menjadi lebih matang dan belajar dari kesilapan.

Baru-baru ni, masalah kerja semakin rumit. Kerja yang semakin siap ,akhirnya menjadi kebelakang disebabkan masalah yang bukan dari bidang kami. Bayangkan jika anda sudah siapkan sebuah rumah. Bidang anda cuma "painting", tetapi masalah yang timbul dari batubata, jadi semua terpaksa dibuka,dan kerja anda terpaksa ulang dari 0. Ujian! Ujian!

Tapi bila di selidik, semuanya berasaskan politik. Terutama politik wang yang membuatkan segala "construction" tergendala. Pening2! Semua ni ujian Allah tuk aku hadapi dan rakan sekerjaku hadapi.

Aku selalu nasihat teman2 supaya jangan libatkan masalah peribadi dengan kerja. kalau dicampur pasti satu-satu masalah tidak akan selesai. Ingatlah Allah selalu membantu orang2 yang sabar. Manusia mana yang tak lakukan kesilapan ,mahupun besar atau kecil. Jadi terpulang pada kita untuk hadapi segalanya. Insyaallah, aku akan hadapi semua ini dengan tabah dan sabar.

Semoga Allah temukan aku dengan kebenaran dan redhanya. Takde istilah putus asa dalam mencapai kejayaan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Doa , usaha dan tawakal jangan putus2.

Adios!

Wednesday, September 26, 2012

Insan tetap manusia

0 comments
Kadang-kadang Allah turunkan balasan pada manusia untuk manusia itu sedar bukan pada ketika mereka lakukan kesalahan. Mungkin setelah manusia itu bertaubat dan juga sesal pada perbuatannya. Tapi nila rona-roni kehidupan, tak selalunya indah dan tak selalunya perit kalau tak di. 

Semoga yang baik akan terus kita kekalkan, dan yang buruk kita cepat-cepat bertaubat pada yang Esa. Cukuplah dengan balasan dunia, jangan dibawa ke akhirat. Ujian yang kita akan hadapi akan buatkan diri kita jadi kuat dan cekal bukannya menjadi pematah semangat sehinggakan menjadi batu loncatan untuk kita bergerak ke belakang setelah jauh melangkah ke hadapan. Syaitan akan sentiasa menghasut untuk kita ke belakang . Kalau kita sudah insafi dengan kesilapan lalu, ayuh bangkit, buang yang keruh itu, ambillah yang jernihnya. kita menyesal dan insaf bukan kerana manusia tetapi kerana takutkan azab ilahi yang amat pedih.

Sesungguhnya, Allah akan terima ampunan dari manusia, tetapi sesama manusia perlu meminta maaf antara satu sama lain. Insyaallah, semoga kita tergolong di antara orang-orang yang beriman dan terus kekalkan dekatkan diri pada yang esa.


Related Posts with Thumbnails
 

MANUSKRIP VITA Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template