Tuesday, October 16, 2012

|Roda|

3 comments
Hidup ibarat roda, kadang2 diatas kadang2 dibawah.Bila diatas kita nampak je,bila dibawah mencium tanah,langsung kita tak nampak.

Tapi, orang yang nampak pe dibawah tu adalah orang yang selalu bersama kita susah dan senang. Walaupun dibawah, sentiasa bantu kita tuk bangkit naik semula keatas. Biarpun perit mana pun membantu,ia akan tetap bersabar dalam membangkitkan kita kembali. 

Roda2 hidup sangat complex kalau itu mindset kita,dan boleh jadi simple kalau kita rancangnya dengan rapi. Kita cume merancang tapi Allah yang tentukan. Susah senang kadang2 orang lain tak nampak. InsyaAllah, semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan olehNya.

Wednesday, October 10, 2012

|Sabar|

3 comments
Salam 1 Rabu,

Alhamdulillah kita masih hidup di muka bumi Allah ni. Semoga salah silap kita sebelum ni dimaafkan olehNya. Kadang2 kita mengaku yang kita sorg yang sabar,tapi secara realitinya tidak. Mungkin ketika kita sedang marah, dan cuba berbicara dengan sesorg dan berbincang. Tapi memandangkan kita bukan seorg yang sabar, kita mudah melenting walaupun kita cakap kita sabar. Sebab apa? Fikir2kanlah. Ni nasihat tuk aku dan sume orang. Kadang2 aku fikir, camne ada orang tu sabar je. Takde nak marah tak tentu hala,tak melenting,dan macam2 lagi. Setiap manusia berbeza tapi kita boleh amek pengajaran dari orang2 yang baik. InsyaAllah. Semoga Allah jadikan kita orang2 yang sabar terutama ketika kita menghadapi kesulitan serta berdepan dengan sesorg. Berbincang juga perlu tetapi tidak perlu disertakan dengan emosi serta marah. Kerana masing2 akan rasa betul dan tak mahu mengaku kalah. Setiap kata orang lain adalah salah baginya. Tu sebab kita perlukan perbincangan pintar. Kadang2 kita best cakap2,tapi bila da berlaku kita tak pernah pikir masa tu. 

Sunday, October 7, 2012

|Fikir tentang Fikir|

2 comments
Salam 1 Ahad pada sume. Semoga hari ni ceria2 selalu ,bahkan lebih ceria dari semalam. Maklumlah cuti hujung minggu. Dalam hidup kita ni, banyak sangat perancangan yang kita wat. Sama ada jadi atau tidak, kita cuma merancang, tetapi Allah yang menentukan. Kalau ikut perancangan kita, semuanya indah2. Tapi kadang2 tak semuanya indah seperti yang kita jangka. Allah mengetahui dari A sampailah ke Z. Dalam usaha kita, kene beserta doa semoga segalanya berjalan lancar. InsyaAllah.

Dalam perubhan perancangan kita dan kesulitan, mesti ada jalan penyelesaiannya. Semoga yang kita wat tetap mengikut perancangan dan keberkatan olehNYA. Doa, usaha dan tawakal nadi utama dalam hidup kita. Jadi ,Ayuh kita fikir untuk berjaya, fikir dalam usaha dan fikir2 na na na na na...

Adios

Friday, October 5, 2012

|Motivasi 4|

0 comments

|Kerana Senyum, kambing dapat nama|

0 comments
Mulakan hari kita semua dengan senyuman
Senyuman yang macam mana?
Senyum kambing,cipan,cimpanzi?
Tak kesah
Asalkan kita menghasilkan aura2 positive kita tuk hari ni
Jadi secara automatisnya
Kita jadi lebih ceria dan bersemangat

Come on!!
Semoga kerja kita diberkati Allah

Thursday, October 4, 2012

|Kawen|

0 comments
Bila bicara soal kawen ni, ramai yang tidak sabar2 tuk membina masjid ni terutama pihak perempuan lah. Mmang lumrah dan fitrah manusia setiap insan mahu membina rumah tangga yang bahagia termasuk juga aku.

Kadang2 aku terfikir gak,berapalah kos sebenar nak kawen ni. Memang dalam simpanan aku cukup kalau nak kawen lam setaun agy,tapi takut2 ada pulak kos tersembunyi. Dah macam loan plak.Insyaallah, kalau ada jodoh, segala yang dirancang diizinkan Allah. Suka tengok kawan2 yang sudah berumah tangga,lagi suka bila tengok kawan2 yang sudah punya baby. Haha. 

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah perancangan kita semua termasuk bab perkahwinan ni. Abis je akad nikah,lelaki sudah menanggung segala dosa oleh isteri. Insyaallah,kalau kita mahu ke syurganya,sudah tentu kita sudah bersedia menghadapai sume ni. Wahai para isteri,suamimu dan bakal suamimu sudah bersedia tuk masuk ke dlm syurga atau pun neraka once dia nikah denganmu. Jadi,sama2 kita meningkatkan usaha agar pintu syurga terbuka luas untuk kita. Risau tentang masa depanmu slepas kawen? Sebenarnya lelaki yang perlu risau tentang masa depannya di hadapan Allah nanti. Jika jodoh kamu dengan sape2 saje,tak kiralah dia bekas penjenayah ke ape, once dia nikah denganmu,tu tanggungjawab dia tuk berdepan dengan Allah di akhirat kelak. Sakit dunia jauh sama sekali dengan sakit akhirat.

Kepada bakal makmumku, doakan aku mendapat petunjuk dari Allah tuk memimpinmu satu hari nanti agar sama2 dapat membina baitul muslim. Aku bukan beromong kosong kalau aku tak yakin yang aku betul2 sudah bersedia menanggung sgala dosamu. Aku juga tahu,kelemahanku dan aku akan pastikan kamu bahagia bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. Semoga aku menjadi suamimu di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Note: Nak kawen bukan makna gatal,tapi da sedia tuk tempuh alam baru. Sedia tuk pikul dosa dan tanggungjawab. Duit boleh dicari,tapi kebahagiaan?tak leh dapat dengan jual beli. Semoga Allah jadikan kita orang2 yang sabar dan setia menunggu.

|Motivasi 3|

0 comments
Salam 1 Pagi,

Alhamdulillah,semalam selamat sampai di kondo,kecuali terdpat berlaku beberapa incident sedikit. Insyaallah, dalam beberapa hari oklah. 

Kadang2, kita lupa untuk bertanya pada diri kita hari2,apa kebaikan atau keburukan yang telah kita buat setiap hari. Yakni di waktu malam kita bermuhasabah diri. Bila kita renubg aktiviti seharian kita,adakah kita sedar atau tidak sedar sama ada kita telah berbuat kesalahan ataupun kebaikan kepada semua makhluk Allah di muka bumi ni. Jadi secara tidak langsung ,bila kita merenung kembali,sedikit sebabyak membantu kita tuk meningkatkan lagi peribadi dan kelakuan kita. Memang manusia tidak sempurna,tapi klau kita guna sebaiknya segala yang Allah beri pinjaman ni,Insyaallah ia boleh ke arah itu.

Teringat kisah Rasulullah yang selalu dicaci dan dibuat buruk oleh seorang buta ,hampir selalu baginda dibuat sebegitu. Tapi akhirnya,satu ari orang buta tu takde buat demikian membuatkan baginda pelik lalu menziarahi orang tersebut yang rupanya terlantar sakit. Begitu indah sifat baginda. Orang lempar najis,dia akan berikan bunga. Ada orang kata,"tu nabi,kita bukan nabi. kita xmaksum". Kawan,tu sebablah kita perlu mendapat contoh dari junjungan Allah tu. Dia role model tuk kita sume. Insyaallah,kita akan berjaya dunia akhirat.

Jadi,kita manusia yang lemah. Kita sedar atau tidak, Allah sahaja yang tahu semua tu. Mungkin orang tidak yakin dan percaya pada kita,tapi Allah sentiasa bagi ruang pada kita tuk jadi yang terbaik. Tak kisah sama ada baru sehari ataupun sudah setaun,anda berubah,manusia lain tidak akan tahu. Mereka bisa berkata apa saje,tapi Allah sentiasa kenal kita. Semoga Allah menerima segala kebaikan kita dan berikan petunjuknya dalam sesuatu perkara yang kita buat. Dia sentiasa menerima taubat kita,dia tidak pernah berhenti mendengar masalah kita. Dia akan sentiasa mendengar pe rayuan kita dengan tanpa emosi. Thank you Allah. Aku bukanlah baik tuk bagi karangan panjang ni,tapi kita kongsi sama2. Kalau fikir,nak tunggu sempurna baru bagi perkongsian ilmu,sampai matilah takde. Kita usaha dan usaha. Semoga Allah elakkan aku dari keburukan dan kebencianya dan kebencian dari manusia. Amin.


Related Posts with Thumbnails
 

MANUSKRIP VITA Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template