Sunday, November 27, 2011

Apa nak dikata

0 comments
Apa yang nak dikatakan lagi selain

GILA!!GILA!!GILA!!

Gilalah last post pada bulan MAY. haha..akhirnya,ada juga keringanan tangan ni nak menaip kembali. Alhamdulillah, sekarang hamba sudah melalui alam pekerjaan setelah tamat alam belajar. Sebelum tu, SELAMAT TAHUN BARU buat semua umat Islam. Moga dapatlah kita bersama-sama memupuk azam baru yang lebih efektif menuju wawasan lebih dari 2o20.

Yo!!
Ramai kawan-kawan yang sudah bekerja, hampir majoriti yang bekerja dan sambung belajar(master). Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerna masing-masing sudah ada haluan masing-masing. tak lupa juga yang sudah atau bakal melangsungkan perkahwinan. Tahniah dan bakal tahniah hamba ucapkan. Hamba bila lagi? Tunggu~~~

Saja-saja nak menghidupkan kembali blog yang usang ni. Takut-takut ada lak hantu yang menginap kat sini, dahla tak bayar sewa. Okai. semoga berjumpa kembali di alam maya ini pada masa yang mendatang.

Peace yo!!(gaya AC)

** kene keje sampai hari sabtu. -_-"

Tuesday, May 3, 2011

|Dua Alam|

0 comments
Haha...
pertama sekali,izinkan hamba gelakkan tajuk berkenaan yang berjaya mengutip berpuluh juta kutipan tu..
ok..dah sudah...

dua alam..
alam belajar dan lam pekerjaan atau pengangguran..
hmm..
dua makna yang sangat berbeza..mari kita kupas dan kupas..

tinggal beberapa hari ja lagi,aq akan tamat belajar dari alam universiti ni..sebab dah abis tahun 4,lau nak sambung master pikio2 banyak kali yop!!
maka,timbullah satu alam baru yang bernama alam pekerjaan atau pengangguran.

apa agy ea,aq nak taip..
aishhh..lupalaaa...doakan jelaa aq dapat kerja ok..
haaa...lau dapat kerja..dapatlaa aq wat apa yang patut..
pastu,insyaallah, pinang AMK tu..haaa...
yelah kan..orang kata jangan lama-lama,nanti dia diambil orang.kalau jodoh tidak kemana.
skema pula ayat sejak kebelakangan ini.izinkan hamba mengundur diri.

ADIOS!!

Tuesday, April 26, 2011

|M.A.R.A.H|

0 comments
Salam semua...
rasa-rasa dah berkurun lama AMM tak coret kat blog ni...
nasib baikla ada cik AMK tu yang tolong update..

hoho..
bukan apa,rasa malas dah nak berblog-blog nih..
yelah...sekarang ni,orang tulis macam kat blog ,fitnah ,mengata semua ada laa...

baiklah..
MARAH??
wut do u noe bout angry?
I`m sure semua orang pernah marah..
tapi ada ker yang tahu mengawal?

I admit aku ni memang panas baran.cepat marah..
kadang-kadang kita rasa kita tahu kawal benda2 ni,tapi disebaliknya tidak..

So..aku pon tak tahu nak taip ape lagi..
control ur emotion ,so,tak ada orang yang terasa hati dengan diri kau tuh!!
(actually ,aku cakap tuk diri sendiri..)

ADIOS!!

Sunday, January 16, 2011

|Kita berbeza|

2 comments
Aloo aloo kopi ka milo...
dah lama aku tak menaip kat blog ni..maklumlah tak busy pun..cuma perlu mencari mood yang betul tuk kembali menaip...

Baru-baru ni, aku ada la terbaca status kat FB seseorang
camnila kot bunyi dia "bestnya jadi mereka" "xbestnya idup aq"

haha..macam2 laa...
kita semua berbeza..mungkin kat dunia ni ade 7 orang muka yang serupa (aku tengok tv kata camtu), tapi semuanya berbeza dari segi sikap, dan perbuatan... kalau semua sama, jadi, tak bolehlah kita nak belajar dari kesilapan orang lain, dan belajar tentang kebaikan dari orang lain...
okay..full stop..

berbalik pada shout anak-anak tadi...(cam tua lak aku ni..isk3)
mereka berbeza,kamu juga berbeza..just appreciate your life..mungkin kamu boleh mengatakan orang lain hidup lagi "best" dari kamu, tetapi mungkin tidak bagi orang yang berkenaan...tak payahlah kita nak bandingkan diri kita dengan orang yang lain, dan cuba ikut apa yang mereka lakukan... nanti, silap2 jadi kekok, dan mungkin jadi lebih teruk dari diri kamu sekarang...

biasalah, hidup kita semua berbeza...kalau bahagia selalu, nanti tak tahu pula pengalaman yang perit..biar semua dicampur adukkan, bahagia dan yang sebaliknya... jadi ,kita boleh belajar kedua-duanya...supaya hidup kita boleh jadi hampir sempurna bagi diri kita...mungkin orang lain boleh adili diri kita, tapi, diri kita yang lebih kenal siapa diri kita yang sebenarnya...

Jadi..mengapa perlu kita berfikir tentang orang lain, sedangkan diri sendiri pun terabai...yakinlah, hidup kita ni bukan setiap masa sama macam apa yang kita rasai sekarang...Ini bukan nasihat, ini juga bukan paksaan..ini hanyalah coretan pendapat dari aku yang bergelar manusia lemah juga..kita berbeza... KAU , AKU, MEREKA BERBEZA..

ADIOS!!

**penat juga taip guna ayat skema ni..hehe

Wednesday, January 5, 2011

|Final Yang Betul-Betul Final|

0 comments
Akhirnya...selamat juga ku jejak ke Tanah UMP ni..
Sem ni merupakan Sem terakhir untuk AMM belajar di U ni~
Alhamdulillah semuanya berjalan agak lancar..

Kepada Semua...
All da besh ok!!
Related Posts with Thumbnails
 

MANUSKRIP VITA Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template