Thursday, October 4, 2012

|Motivasi 3|


Salam 1 Pagi,

Alhamdulillah,semalam selamat sampai di kondo,kecuali terdpat berlaku beberapa incident sedikit. Insyaallah, dalam beberapa hari oklah. 

Kadang2, kita lupa untuk bertanya pada diri kita hari2,apa kebaikan atau keburukan yang telah kita buat setiap hari. Yakni di waktu malam kita bermuhasabah diri. Bila kita renubg aktiviti seharian kita,adakah kita sedar atau tidak sedar sama ada kita telah berbuat kesalahan ataupun kebaikan kepada semua makhluk Allah di muka bumi ni. Jadi secara tidak langsung ,bila kita merenung kembali,sedikit sebabyak membantu kita tuk meningkatkan lagi peribadi dan kelakuan kita. Memang manusia tidak sempurna,tapi klau kita guna sebaiknya segala yang Allah beri pinjaman ni,Insyaallah ia boleh ke arah itu.

Teringat kisah Rasulullah yang selalu dicaci dan dibuat buruk oleh seorang buta ,hampir selalu baginda dibuat sebegitu. Tapi akhirnya,satu ari orang buta tu takde buat demikian membuatkan baginda pelik lalu menziarahi orang tersebut yang rupanya terlantar sakit. Begitu indah sifat baginda. Orang lempar najis,dia akan berikan bunga. Ada orang kata,"tu nabi,kita bukan nabi. kita xmaksum". Kawan,tu sebablah kita perlu mendapat contoh dari junjungan Allah tu. Dia role model tuk kita sume. Insyaallah,kita akan berjaya dunia akhirat.

Jadi,kita manusia yang lemah. Kita sedar atau tidak, Allah sahaja yang tahu semua tu. Mungkin orang tidak yakin dan percaya pada kita,tapi Allah sentiasa bagi ruang pada kita tuk jadi yang terbaik. Tak kisah sama ada baru sehari ataupun sudah setaun,anda berubah,manusia lain tidak akan tahu. Mereka bisa berkata apa saje,tapi Allah sentiasa kenal kita. Semoga Allah menerima segala kebaikan kita dan berikan petunjuknya dalam sesuatu perkara yang kita buat. Dia sentiasa menerima taubat kita,dia tidak pernah berhenti mendengar masalah kita. Dia akan sentiasa mendengar pe rayuan kita dengan tanpa emosi. Thank you Allah. Aku bukanlah baik tuk bagi karangan panjang ni,tapi kita kongsi sama2. Kalau fikir,nak tunggu sempurna baru bagi perkongsian ilmu,sampai matilah takde. Kita usaha dan usaha. Semoga Allah elakkan aku dari keburukan dan kebencianya dan kebencian dari manusia. Amin.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

MANUSKRIP VITA Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template