Wednesday, September 26, 2012

Insan tetap manusia


Kadang-kadang Allah turunkan balasan pada manusia untuk manusia itu sedar bukan pada ketika mereka lakukan kesalahan. Mungkin setelah manusia itu bertaubat dan juga sesal pada perbuatannya. Tapi nila rona-roni kehidupan, tak selalunya indah dan tak selalunya perit kalau tak di. 

Semoga yang baik akan terus kita kekalkan, dan yang buruk kita cepat-cepat bertaubat pada yang Esa. Cukuplah dengan balasan dunia, jangan dibawa ke akhirat. Ujian yang kita akan hadapi akan buatkan diri kita jadi kuat dan cekal bukannya menjadi pematah semangat sehinggakan menjadi batu loncatan untuk kita bergerak ke belakang setelah jauh melangkah ke hadapan. Syaitan akan sentiasa menghasut untuk kita ke belakang . Kalau kita sudah insafi dengan kesilapan lalu, ayuh bangkit, buang yang keruh itu, ambillah yang jernihnya. kita menyesal dan insaf bukan kerana manusia tetapi kerana takutkan azab ilahi yang amat pedih.

Sesungguhnya, Allah akan terima ampunan dari manusia, tetapi sesama manusia perlu meminta maaf antara satu sama lain. Insyaallah, semoga kita tergolong di antara orang-orang yang beriman dan terus kekalkan dekatkan diri pada yang esa.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

MANUSKRIP VITA Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template