Sunday, January 16, 2011

|Kita berbeza|


Aloo aloo kopi ka milo...
dah lama aku tak menaip kat blog ni..maklumlah tak busy pun..cuma perlu mencari mood yang betul tuk kembali menaip...

Baru-baru ni, aku ada la terbaca status kat FB seseorang
camnila kot bunyi dia "bestnya jadi mereka" "xbestnya idup aq"

haha..macam2 laa...
kita semua berbeza..mungkin kat dunia ni ade 7 orang muka yang serupa (aku tengok tv kata camtu), tapi semuanya berbeza dari segi sikap, dan perbuatan... kalau semua sama, jadi, tak bolehlah kita nak belajar dari kesilapan orang lain, dan belajar tentang kebaikan dari orang lain...
okay..full stop..

berbalik pada shout anak-anak tadi...(cam tua lak aku ni..isk3)
mereka berbeza,kamu juga berbeza..just appreciate your life..mungkin kamu boleh mengatakan orang lain hidup lagi "best" dari kamu, tetapi mungkin tidak bagi orang yang berkenaan...tak payahlah kita nak bandingkan diri kita dengan orang yang lain, dan cuba ikut apa yang mereka lakukan... nanti, silap2 jadi kekok, dan mungkin jadi lebih teruk dari diri kamu sekarang...

biasalah, hidup kita semua berbeza...kalau bahagia selalu, nanti tak tahu pula pengalaman yang perit..biar semua dicampur adukkan, bahagia dan yang sebaliknya... jadi ,kita boleh belajar kedua-duanya...supaya hidup kita boleh jadi hampir sempurna bagi diri kita...mungkin orang lain boleh adili diri kita, tapi, diri kita yang lebih kenal siapa diri kita yang sebenarnya...

Jadi..mengapa perlu kita berfikir tentang orang lain, sedangkan diri sendiri pun terabai...yakinlah, hidup kita ni bukan setiap masa sama macam apa yang kita rasai sekarang...Ini bukan nasihat, ini juga bukan paksaan..ini hanyalah coretan pendapat dari aku yang bergelar manusia lemah juga..kita berbeza... KAU , AKU, MEREKA BERBEZA..

ADIOS!!

**penat juga taip guna ayat skema ni..hehe

2 comments:

sugar2 kapas strawberry on January 16, 2011 at 3:03 PM said...

thats why hidup ni wonderful..macam2 kita face.sbb semua berbeza

AkUmUsIkMaLAyA on January 16, 2011 at 9:41 PM said...

yup...betul3..
barula harmoni~
sbb dpt tgok macam2 ragam kt dunia ni~~

Related Posts with Thumbnails
 

MANUSKRIP VITA Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template