Tuesday, October 2, 2012

|Kesilapan|


Kadang2 kita perlu belajar dari kesilapan.
Sebab kesilapan tu mentor tuk kita agar tidak ulanginya kembali.
Kalau kita ulanginya, maknanya kita tidak sedia tuk hadapi hari2 yang mendatang.

Sedarlah ,kita makhluk Allah yang sering lakukan kesilapan.
Jangan sama sekali kita lari dari masalah.
Tapi beranikan diri tuk selesaikan masalah.
Kita tidak boleh selesaikan masalah melalui diri kita je, tapi perlu dari sama2 pihak.

Sama juga macam bekerja, kita punya pekerja bermasalah.
Adakah kita akan terus menghukum mereka, walaupun kita taw silap mereka sangat besar.
Pastinya ,kita akan dengar dari dua2 pihak. Bincang secara positive.

Ada pepatah dari Ustaz Azhar Idrus,

Janganlah kita pandang kesilapan seseorang tu ,seolah2 orang tu tak penah melakukan kebaikan pada kita.
Dan jangan pula kita pandang kebaikan seseorang tu ,seolah2 dia takpernah lakukan kesilapan.

Kita manusia sering lakukan kesilapan, jadi terpulang pada kita sama ada mahu masuk SYurga atau neraka Allah. Yelah, kadang kita cakap kita mahu berubah, tapi selang bape lama perangai lama ulang kembali. Tu sebab kita mesti ingat Allah selalu. Sebab bila kita ingat Allah dan membaca ayat2 sucinya, pasti kita takkan ulangi silap2 kita dulu. sebab apa? Sebab kita dah nampak pintu mana kita nak masuk, sama ada SYURGA ataupun NERAKA.

Wallauha`lam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

MANUSKRIP VITA Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template