Thursday, October 4, 2012

|Kawen|


Bila bicara soal kawen ni, ramai yang tidak sabar2 tuk membina masjid ni terutama pihak perempuan lah. Mmang lumrah dan fitrah manusia setiap insan mahu membina rumah tangga yang bahagia termasuk juga aku.

Kadang2 aku terfikir gak,berapalah kos sebenar nak kawen ni. Memang dalam simpanan aku cukup kalau nak kawen lam setaun agy,tapi takut2 ada pulak kos tersembunyi. Dah macam loan plak.Insyaallah, kalau ada jodoh, segala yang dirancang diizinkan Allah. Suka tengok kawan2 yang sudah berumah tangga,lagi suka bila tengok kawan2 yang sudah punya baby. Haha. 

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah perancangan kita semua termasuk bab perkahwinan ni. Abis je akad nikah,lelaki sudah menanggung segala dosa oleh isteri. Insyaallah,kalau kita mahu ke syurganya,sudah tentu kita sudah bersedia menghadapai sume ni. Wahai para isteri,suamimu dan bakal suamimu sudah bersedia tuk masuk ke dlm syurga atau pun neraka once dia nikah denganmu. Jadi,sama2 kita meningkatkan usaha agar pintu syurga terbuka luas untuk kita. Risau tentang masa depanmu slepas kawen? Sebenarnya lelaki yang perlu risau tentang masa depannya di hadapan Allah nanti. Jika jodoh kamu dengan sape2 saje,tak kiralah dia bekas penjenayah ke ape, once dia nikah denganmu,tu tanggungjawab dia tuk berdepan dengan Allah di akhirat kelak. Sakit dunia jauh sama sekali dengan sakit akhirat.

Kepada bakal makmumku, doakan aku mendapat petunjuk dari Allah tuk memimpinmu satu hari nanti agar sama2 dapat membina baitul muslim. Aku bukan beromong kosong kalau aku tak yakin yang aku betul2 sudah bersedia menanggung sgala dosamu. Aku juga tahu,kelemahanku dan aku akan pastikan kamu bahagia bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. Semoga aku menjadi suamimu di dunia dan akhirat. Insyaallah.

Note: Nak kawen bukan makna gatal,tapi da sedia tuk tempuh alam baru. Sedia tuk pikul dosa dan tanggungjawab. Duit boleh dicari,tapi kebahagiaan?tak leh dapat dengan jual beli. Semoga Allah jadikan kita orang2 yang sabar dan setia menunggu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

MANUSKRIP VITA Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template